|
|
| Wednesday, 23-Apr-2008 07:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Accessories For My New Bathroom(our future house)
|
 |
|
cermin from front
|
|
 |
|
cermin from the side
|
|
 |
|
palang penyangkut..
|
|
 |
|
lagi..
|
|
 |
|
dan lagi
|
|
 |
|
shelf #1
|
|
 |
|
shelf#2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Apr-2008 05:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KOMEN PILIHAN
|
|
Komen Pilihan - Luahan Hati Isteri Seorang Guru
Assalamualaikum,
Saya terbitkan komen pilihan oleh Puan EJ yang merupakan isteri kepada seorang guru. Untuk memudahkan pembacaan saya terpaksa tukarkan beberapa ejaan SMS beliau kepada ejaan baku. Yang asalnya ada di dalam ruangan komen artikel ini. Ada juga cadangan untuk menerbitkan satu entry khas untuk membincangkan masalah guru. Silakan.
"Saya suka baca artikel and comment doktor tentang tajuk ni.. sebab saya juga adalah isteri kepada seorang guru sekolah. Suami saya lepasan KPLI.
Terima Kasih doktor sebab tolong mendefend kan mereka yang bergelar guru.
1st time posting husband saya 6 bulan tertangguh tak dapat gaji. Bukan nak tunjuk merungut kat sini ek just nak share. Suami saya tak mrungut..sebab dia jenis sabar, tak banyak songeh.
Keluar rumah kul 6.30 am , biasanya pukul 5 baru balik ..paling lewat pukul 7 pm. Sebab meeting, latihan rumah sukan, latihan badan beruniform, latihan itulah inilah...
Weekend dalam sebulan wajib 2-3 kali sabtu ada aktiviti sekolah. Maulud nabi, gotong royong, belum lagi ada yang ada aktiviti adhoc..
Menanda kertas peperiksaan tidak dibenarkan dibuat di sekolah. Kena buat kat rumah. Belum lagi mereka dibebankan dengan tugas2 pengkeranian dan dokumentasi serta laporan. Tu pun kena buat kat rumah. Kalau jabatan lain seorang pegawai mesti ada kerani. Tak pun 3 pegawai berkongsi satu kerani. Kat sekolah guru dah lah kena mengajar, buat persediaan lagi pastu kena jadik kerani lagi. Belum lagi tugas sampingan, guru stor, guru perpustakan, penyelaras tingkatan, guru ko-kurikulum, guru bola sepak. Rehat hanya waktu makan dan solat. Tu pun kadang terkocoh kocoh mengejarkan kelas nak mula, nak meeting.
So please jangan kata guru kerja dia mengajar jer yer...banyak lagi tugas dia yang terbeban dalam seharian. Dari celik mata sampai tutup mata...tu pun tidor lewat sampai lewat malam sebab siapkan kerja. Kang tak hantar laporan kan dicop guru bermasalah lak. Kalau time cuti sekolah tu lah betul-betul waktu mereka berehat. Kasi lah mereka ruang bernafas, lihat lah perkara ini dari sudut positif. Kadang- kadang pun waktu cuti tu pun mereka sibuk, bukan boleh rehat (bak kata org makan gaji buta) kena jaga periksa PMR, SPM, STPM. Pastu kena tanda kertas lak. Kadang-kadang kena attend kursus. Sudahnya cuti tu tinggal begitu saja, serupa macam tak cuti.
Saya dan suami cuma manusia biasa. Ada tanggunjawab dan peranan sebagai masyarakat, anak, ibu bapa, dan sebagai suami isteri. Suami kalau sebelum matahari terbit dah keluar rumah dan pulang bila matahari dah nak tenggelam nak bermasyarakat apa nya. Kat rumah lak.. sebelah malam sibuk lah nak siapkan kerja sekolah. Bila lak masa utk anak dan keluarga? Sebagai isteri saya bersabar jer..walaupun kadangkala sedikit terkilan. Suami tidaklah tiap hari mengadap kerja sekolah jer, pepandailah dia manage, cuma kalau ada perkara yg urgent ni yang terpaksa lah di stay up. Kasihan tengok dia..
Saya memang menetapkan every month mesti balik kampung menjenguk orang tua selagi masih ada..itulah masa untuk menghargai mereka selagi masih ada peluang.
Saya agak terkilan, sebab kadang kala nak blik sebulan sekali pun payah..disebabkan suami perlu komitmen kepada sekolah pada petang jumaat dan hari sabtu.
Ramai yg di luar sana suka memperlekehkan tugas sebagai guru. Kalau ibu bapa sendiri dah tak hormat guru inikan pula anak murid. Cuma saya nasihatkan sebelum komen tugas orang, cermin diri sendiri dulu. Adakah sebagai ibu bapa kita sudah melaksanakan tugas dan amanah sebaiknya?
Kita cek tak buku anak2? apa ada dlm beg anak kita? buat atau tidak homework yg guru berikan. Ke mana lepas pulang sekolah? ada kita buat spot cek kat pusat tuisyen? Mungkin ada yg kata.. "eh mesti lah cek.. semak home work diorang.." Mungkin tu masa darjah 1, 2, 3. Bila tingkatan 1, 2.. mereka sudah lupa rutin tu semua.
Tahun lalu suami saya bercerita, seorang ibu berbangsa india, telah datang ke sekolah mencari suami saya. Sebab anak dia kata cikgu rotan, jadi tangan bengkak tak boleh nak tulis atau buat homework. Naif sungguh ibu ini, datang sekolah marah2. Husband saya tanya, makan boleh tak? boleh dia jawab. Eh boleh pulak.. kalau nak tulis tak boleh ini kan pula makan. Sah-sahlah menipu kan. Husband saya cakap, dah bertahun dia merotan budak2 nakal. Memanglah sakit, tapi diorang realise mistake diorang. Tidaklah jadik kes macam satu ni. Itu sebagai contoh paling simple ibu2 moden sekarang. Murid india tu memang terkenal kenakalannya di sekolah. Kat rumah dia baik lah tu, sebab mak dia tak tau. So husband saya pun story lah kisah si anak murid pada ibunya sendiri. Dah jadi sesi kaunseling lak.. terus
berderai air mata si ibu mengenangkan perangai anaknya. Si ibu kurang beri perhatian pada anak, so di sekolah dia memberontak. Siapa yang susah..guru gak kan.
Saya nak menjawab tentang membandingkan tugas lain yang lebih mencabar seperti jurutera, arkitek dan lain-lain. Perlu diingat setiap kerja itu mempunyai cabaran nya sendiri. Saya ceritakan hal sebenar teman saya sendiri. Dia adalah seorang jurutera. Bekerja di bawah sykt JEPUN (well known how they working). Dek tak larat bebanan kerja yg melampau, terpaksa overtime jer so dia decide mohon KPLI. Setelah dia jadi guru, dia rasa kesal sangat sebab lebih baik dia kerja dengan mesin dan komputer daripada berhadapan dengan kerenah anak-anak murid. Tak semua orang boleh jadik guru. Jangan perlekehkan mereka.
Seperti Dr. azwan nyatakan, profession perguruan merupakan profession paling ramai. Dah tentulah bila dah ramai tu macam2 ragamnya. Sebab bila mereka ramai, bila bersuara banyak lagi yang bersuara. Sebab tu nampak macam golongan ini banyak komplen. Cuba kalau jawatan lain ramai macam guru dah tentu sama juga halnya.
Pegawai PTD tak perlu diserap di dalam jabatan pendidikan. Cukup2 lah pegawai yang ada sekarang. Kalau nak jugak sila ambil mereka dari kalangan guru secara kenaikan pangkat. Bila orang luar yang tak ada pengalaman bidang perguruan dia akan menganggu sistem pengurusan, sebab kurang arif dengan budaya kerja bidang perguruan.
Saya juga tidak menolak bila terjadinya guru2 yang bermasalah seperti ponteng, memukul anak murid secara emosional, tidak datang mengajar, datang lewat. Bagi saya itu adalah masalah individu di mana boleh terjadi pada sesiapa saja apa pun profession mereka. Takan tak pernah dengar kes kecuaian doktor (doktor azwan jangan terasa tau!)? engineer buat design jambatan retak? Berapa ramai antara kalian perasaan yg paper ada keluarkan notis kepada mereka2 di jabatan kerajaan yang tidak datang kerja ada masalah displin. Mereka tak ramai.. so tak berapa nampak sangat lah kan.
Menjawab persoalan utama artikel Dr Azwan. Sebagai sebuah kementerian seharusnya mereka mengetengahkan formula-formula untuk pnyelesaian isu-isu yang dibangkitkan... Untuk situasi win-win. Tuntutan NUTP tu rasanya dah makan bertahun-tahun lamanya. Thats why NUTP sekarang makin agresif... sebab dah bosan kementerian buat dek jer.. Mereka yang diluar sana yang mengatakan guru asyik menyalak (ya Allah hinanya guru, patutlah anak murid banyak kurang ajar sekarang ni.. sebab mak bapak pun tak terajar) pernah kah anda tanya mereka apa masalah nya..sebenar2nya sehingga mengundang ketidak puas hatian. Contohnya lah.. seorang ibu ada dua anak, seorang dilayan bagai anak emas yang seorang lagi ala kadar jer. Mestilah yg sorang lagi sedih bila ibu tadi berlaku tidak adil. Seolah-olah diketepikan, tidak disayangi.
Tidak ada isu politik dalam ini. Guru tak ambik pusing pun tentang gosip2 beliau seperti dinyatakan. Guru2 sibuk mengajar disekolah. Tetapi kredebiliti Dato' HTHO ini sebagai menteri pelajaran diragui. Jawapan demi jawapan dari beliau mencerminkan rapuhnya pengurusan beliau sebagai Menteri Pelajaran.
Itu belum cerita bab makmal komputer terbengkalai, terbaru bumbung dewan sekolah mana entah runtuh.. Ni salah siapa ni? kementeriaan? JKR? Kontraktor? 3 tahun lalu saya ada buat lawatan ke sekolah menegah di daerah Kota Tinggi. Sekolah tu agak cantik ..tapi jauh sikit dari bandar. Di hujung bangunan saya terlihat timbunan pasir. So saya ringan mulut bertanya, nak buat building lagi ker? Entahlah.. dengar kata nak buat makmal komputer, dah bertahun tapi pasir je yang sampai. Geleng kepala saya dibuatnya bila dengarkan jawapan itu....
Kementerian Pelajaran harus lah buat satu anjakan paradigma, melihat masalah guru dengan lebih telus. Mengubah mana2 pengurusan yang sesuai. Mengkaji semula pelarasan gaji, agar tiada guru yang tertindas. Menilai semula pemberian kola kepada guru di luar bandar. Terutama yang jauh diceruk kampung, di mana nak ke pekan terdekat pun lebih kurang 60-70km. Kasihan mereka..pergi balik jer dah berapa duit minyak.
Alamak panjang pula celoteh saya kali ini. Maaf Dr. Azwan. Ini hanya luahan hati seorang isteri kepada seorang suami yang bergelar guru. "
Terima kasih Puan EJ. Guru lelaki Islam seperti suami Puan EJ mempunyai tugas lebih berat daripada guru wanita. Mereka sangat kurang di dalam bidang perguruan. Kadang-kadang terpaksa menjadi guru dispilin, ditugaskan untuk menjadi imam atau ketua program agama, mengetuai projek-projek sekolah, mengetuai program sukan dan sebagainya.
Apa yang Puan EJ luahkan ada benarnya dan diharapkan jika ada pegawai kementerian yang membacanya, diharap ia boleh menyumbang kepada memperbaik lagi organisasi Kementerian Pelajaran yang sudah sedia ada.
Wallahu Alam,
sumber : http//http://drazwan.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 13-Mar-2008 07:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PRU12
|
|
Hmm.. kehangatan PRU12 masih lagi terasa. Keputusan diluar jangkaan benar-benar membuat seluruh rakyat Malaysia gempar. Aku lak sedari dari awal sememangnya menunggu keputusan PRU seperti tahun sudah, agak terkesima dengan berita demi berita yang diterima. Kelewatan pihak SPR dan media mengeluarkan berita membuatkan kami sekeluarga berasa resah.
Itu dia.. satu persatu berita telah diketahui. No komen for at all isu sensitif ini. Rata-rata forum sibuk berbahas tentang PRU12 ni. Kecanggihan teknologi maklumat juga telah membuka mata banyak pihak. Salah satu cara yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk berkempen sementelah media-media utama telah dikuasai oleh kempen kerajaan.
Apa yang pasti... rakyat mahu suara mereka didengar. Kekalahan BN begitu ketara. Rata-rata menyalahkan pemimipin BN. Walaupun tidak dinafikan ada diantara mereka memang bagus membuat kerja.
Sebagai rakyat biasa dan pemerhati bebas dapat merasakan bahawa rakyat sekarang sudah semakin bijak menilai. Sebagai rakyat biasa yang hidup dibumi bertuah ini isu kenaikan harga barangan keperluan secara mendadak dan kenaikan harga petrol kebelakangan ini banyak menyumbang kepada kempen PRU12 ini. Selain pelabgai isu kronisime, pertelingkahan sesama menteri, ketidakbijaksanaan menteri(terutama datuk zam ketika diwawancara oleh CNN dlm isu demonstarsi), salah laku menteri dan perdebatan di parlimen memperlihatkan kelemahan barisan pemimipin BN.
Sungghpun ketika pemerintahan TDM dahulu, saya juga bnyk merasa tidak puashati tpi sekurang-kurangnya sebagai rakyat biasa nasib kami masih terbela. Kawalan harga barangan keperluan dan juga kenaikan harga petrol yang masih boleh diterima. Nasib orang melayu masih terbela. Kuota-kuota pelajar bumiputra masih diteruskan. Pelbagai projek mega juga dilihat telah dapat memberi pulangan kpd negara. KLCC, F1, LTDL, putrajaya. Sekurang-kurangnya satu ketika dahulu dilihat sebagai membazir, namun lihatlah pulanganya sekarang. Sekurang-kurangnya dapat memartabatkan Malaysia dimata dunia.
Sya bukan pro and kontra kepada kerajaan. Cuma keputusan PRU12 ini memberi tamparan hebat kepada kerajaan. Satu yang harus mereka ingat, suara rakyat harus didengar. Ketelusan mereka melaksanakan tanggunggjawab sebagai wakil rakyat harus dilihat. Sebagai contoh, kalau turap jalan raya tu buatlah bebetul. Takan turap harini..minggu depan dah berlubang balik. Nampak sangat kualiti dah kurang. Kemanalah wang selebihnya tu kan.Contohnya lah.
Kalau supplier barangan kat kementeriaan kerajaan harga pen sebatang boleh naik 100% kali ganda. Sampi jadi RM2.00. Tingginya markup. Kita faham, nak amik untung tapi janganlah melampau.
Lelama rakyat jadi bosan. Merintih inginkan perubahan pemerintahan. Sebab tu rasanya ramai undi pembangkang sebab diorang dah bosan dengan kerenah pemimipin BN. Mereka pun bukan sebenarnya nak pangkah sangat pembangkang, tetapi rasa tidak puas hati mereka menyebabkan mereka bertindak sedemikian rupa.
Semoga PRU12, kerajaan megambil iktibar dan melakukan satu perubahan. Jangan diulangi kesilapan. Saya harap sangat sesiape yang memerintah sekalipun lakukan kan lah sebaiknya. Pak Lah tolong sedarkan smua wakil-wakil rakyat yang dilantik buat kerja. Dekati masyarakat kampung dan bandar, lihat sendiri masalah mereka. Tolonglah cek ceruk rantau sendiri, dimana kita sudah 50 thn merdeka masih lagi ada rakyat yg merintih tidak mendapat kemudahan asas. Jangan nanti dah keluar TV baru terhegeh-hegeh melawat kawasan.
Saya benar takut akan msa depan nanti..tak mustahil kita akan jadi seperti indonesia, thailand..
Semoga nasib anak bangsa kita terbela dikemudian hari.
Lagu Warisan
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kini sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Mar-2008 05:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy BirthDay Nurul Iman!
|
 |
|
gambo hari raya yg lps
|
|
|
Dialah Permata Hati
Nurul Iman was born on 27th February 2007, 7.18 pm at HSA. With his weight 2.76 kg and height-37cm.
Now after 1 year her weight-7.4kg and height 73 cm. She is my 1st doughter..hope coming soon i can have a boy, another girl and again..and again...kehkeh.
Menjadi ummi kepada nurul iman benar-benar mengajar erti pengorbanan seorang ibu. Tetiba ingat mak kat kampung sob..sob.... Mcaman susah payahnya menjaga sikecil, macam tulah agaknya mak aku besarkan aku. Nurul Iman cukup manja, banyak kerenah, banyak ragam. Kalau tak sabar leh pengsan. Nasib baik pengasuhnya memang bnayak pengalaman menjaga nak orang selain anak sendiri yang 6 orang tu. Memula hantar risau gak, takut tak tahan pengasuh tu dengan ragamnya. Alhamdulilah, pengasuhnya cukup memahami. Lega hati. Tima Kasih Kak ROS!
This poem special for nurul iman, sekadar mengingati betapa ummi dengan ayah begitu bersyukur dgn kehadiranya
Tersentuh hati bila mengingat kembali detik ini
Segala-galanya benar mengusik kalbu
9 bulan penuh dengan kepayahan dan dugaan
Ku sabar menghadapinya
Satu persatu berita ku dengar
Membuat ku tersayu di sudut hati
Mengapakah..begini sukarnya untuk kutempuhi
Terasa nyawa berada dihujungnya...sesak nafas ku seketika
Hanya iringan doa dan airmata menjadi penawar
"Tuhan ku..ku pohon padamu..biarlah anak ini selamat ku lahirkan apabila tiba waktunya, hadiah untuk si ayah, lindungilah aku, selamatkan aku dari segalanya..biarlah dia sempat mnjengah dunia ini..bertemu ayah dan umminya. Andainya...setakat ini...aku rela beralah.."
Saban waktu...tiada doa yang putus.. hanya itu yang ku mohon..
Benar sungguh..
Ya Allah..sesungguhnya Dikau mendengar permintaan hamba yg kerdil ini
Doa sang ibu termakbul...
Segalanya dipermudahkan untuk ku mengharungi
Tiada lagi gundah dihati
Seolah sudah ada skrip penghujung cerita
Segala jerih payah diakhiri dgn kegembiraan
Terima kasih TUHANku..
Sykur ku atas segala nikmatMU yang tidak terbalas..
AMIN...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-Feb-2008 05:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Sister Wedding Day
|
|
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seoang lelaki bernama suami
Kerana kau isteri ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita impikan
Yang kita janjikan kerana kau isteri ku...
Permata Buat Isteri | Kopratasa
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Feb-2008 04:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SEPINYA FOTOPAGES NI
|
|
Sepinya fotopages ni. Sayang sangat.. dulu, saya cukup suka meluangkan masa disini berkongsi cerita dan gambar. Namun sejak 3 tahun lepas…lepas kehilangan digicam tersayang, fotopages ini terus sepi. Harap belas ikhsan dari digicam orang lain. Rindunya nak shoot gambo. Saya tersangat hendak beli digicam baru, sementalah nurul iman pun dah nak setahun ni. Tapi kengkangan kewangan benar-benarkan membataskan hasrat hati ini untuk beli digicam baru. Sekarang ni banyak menyimpan untuk buat persiapan nak masuk rumah baru. Sekarang ni dah berkira-kira tentang kos2 yang diperlukan untuk masuk rumah baru.
Developer kata around Mac-April CF akan keluar. So budget around Jun dah masuk rumah baru. Rasa tak sabar sangat lak. Happy sangat! Walaupun hanya rumah kecik 3 bilik jer, saya tetap gembira. Kerana itulah rezeki kami sekeluarga. Teratak buruk itu jerlah yang mampu ummi sediakan untuk nurul iman dan bakal adik-adik. Ummi tak mampu menyediakan mahligai indah nan mewah.
Minggu lepas saya dah beli aksesori untuk set bilik air. ..hehehe… Bukan apa, ada orang tu tgh offer kasik diskaun giler2..apalagi, pegi lah borong kan. Nnti nak masuk rumah, mmg nak kna beli gak. Haritu nak g beli barang-barang elektrik(lampu, kipas dan seangkatan) Hubby kata buat apa beli awal2 kang rosak. Blur jap..rosak ke? Ikut jer lah. Malas nak bertekak. Nnti dh nak masuk baru g beli. Rasanya macam next month nak beli langsir lak. Bukan apa, bli barang ikut stage ni rasanya tak rasa sangat. Daripada monthly saya spend untuk menda ntah paper..baik abih beli keperluan rumah.
Cuma sekarang ni tak cukup budget untuk kabinet dan juga modified belakang rumah tu. Hmm mau 7 ribu abis tu…takper..slow2 kumpul duit. Yg pnting buat perkara-perkara wajib dulu. Satu lagi tengah survey atap jenis “skylight”. Untuk buat awning depan rumah. Tak tahu berapa kos dia per meter. So tak gelap sangat rumah kalau pakai skylight ni.
Ok, sekarang nak citer pasal baby lak. Gambo nanti nak mintak kat ayah lah. Tapi kamera phone jer. Takperlah.. ada gak gambo utk melepas rindu mencoret disini.
Nurul iman 27/1 haritu dah genap 11 bulan. Manjanya budak sorang ni..mmg takleh cakap. Lagilah menyusu badan, keje nak “mengepeng” jer. Ingatkan nak kasik adik kat nurul iman tapi atas nasihat doktor dan sebab kesihatan terpaksa hold dulu. Atleast after Jun this year. Takper nak next year estimate on EDD-090909. Hehe.. berangan jer lebih...moga mmie dan ayah murah rezeki.
Sekarang nurul iman dah pandai sikit-sikit sebut ayah, mak..mama,umi dia tak pandai sebut la.. susah agaknya. Ajar dia pok amai2, sukannya…bila kita nyanyi, dia pon tepuk tangan. Masih lagi memapah, belum lagi boley berdiri sendiri tanpa sokongan. Cukup laju merangkak dan mengejar orang. Suka melenyek ummi dia kala baring. Cium muka..pnuh aa airliur dia jer. Gigit hidung..cabut spek. Satu lagi dia suka buat sekarang ni, suka selak baju umie dia, then dekat kan mulut dia kat perut, tiup perut ummi dia smpi kluar bunyi…pastu dia gelak. Yang ummi dia ni mengkehkeh sebab tak tahan geli. Huish lagi la dia suka. Kalau dengan ayah dia cukup suka main sorok-sorok(ni ayah ajarlah..sampai kebesar nampak ayah dia msti nak main jer). Lagi satu..nurul iman paling suka gigit telinga ayah. Haha.. pape la nuru iman ni. Sekarang cukup alert kalau dengar bunyi kereta ummi dan motor ayah. Mesti cepat2 pegi kat sliding door, diri kat grill. Takpun siap-siap tunggu kat depan pintu. Tengok kita..sapa kita. Kalau ayah keluar sorang bawak kereta, bila hilang je kereta dari pandangan dia terus melalak,.nangis kena tinggal.
Perangai nurul iman yang tak berubah since newborn smpi 11 bln
- masih lagi bangun malam nak nenen
- tak boley tinggal sorang2, nanti melalak. Duk je sebelah dia, tak buat apa pun takper.
Janji ada orang kat sebelah dia. Tak kisah lah…budak besar 5-6tahun pun takper, janji
berteman
- minum susu mesti tak nak abiskan, Mesti berbaki ½ oz or 1 oz
Ummie dan ayah sayang sangat dengan budak kenit sorang ni. Walaupun kuat meragam dan melalak. Tak tahan bila sengih atau ketawa tunjuk gigi dua batang dia tu. Sekejap je nak setahun anak ummi ni.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Aug-2007 02:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Nurul Iman turns to 5 months!
Nurul iman last checkup on 2 Ogos 2007. 5 months 4 days. Emm.. dah makin besar anak ummi ni. Keletahnya dah cukup buat ummi rindunya setiap masa. Nurul Iman dah nakal sekarang. Since last months nurul iman dah boley meniarap and golek-golek, so skang dia dah pandai ngesot kedepan dan kebelaknag. It's really precious moment when i see nurul iman can move for the 1st time. Tak leh gambarkan hati ummi. Bersama nurul iman, melihat setiap perkembangannya.. semua itu adalah pengalaman pertama yang buat ummi cukup bangga menjadi seorang ibu kepada seorang anak bernama nurul iman. Mungkin bagi orang lain rasa nurul iman hanya baby yang sama macam baby-baby yang lain. Tapi bagi ummi nurul iman is the best thing i have. Ummi seronok sangat melihat setiap perkembangan nurul iman. Belajar bercakap..belajar duduk di carseat..belajar memegang..belajar meniarap..belajar mengesot..meragam bila jalan jauh.. dan macam-macam lagi. Bila melihat nurul iman... dari baby smapi skarang..mcm tulah ummi masa kecil dgn mak tok. Its all everything about leraning..
Perkemabangan Nurul Iman
-Berat : 5.75kg (alhamdulilah..naik banyak sikit this months)
-Tinggi : 64cm
-Injection : dos ke 3 (nangis skit jer..good girl..strong girl, coz masa inject dos ke 2, nurul iman demam)
-pandai dah mengesot kebelakang dan ke depan
-suka main lonjak2, masa nak minum susu ker..masa orang pegang dia ker..suka tul
-dah mula pandai pegang botol susu
-bila di agah dah pandai ketawa..
-suka main dgn bantal pooh
-dulu suka baring pegang kaki tarik stoking. Skang dah up skit..dia suka hisap ibu jari kaki dia...adeihh . (Hmm..orang kata kalu suka hisap jari kaki maksudnya nak beradik..ish..ish... yer ker jagnlah..dulu )
-muka sedih je bila ummi tinggalkan dia kat rumah k.ros(babysitter)
-hmm mula nak menangis bila orang yang tak di kenali pegang dia... aritu balik kg ayah.. nenek dgn atuk bkn main seronok jmpa nurul iman... dia menangis lak takut....
Itu jer tentang nurul iman. Ummi takder gambo terbaru nurul iman. Nanti lah minggu ni ummi spend masa skit snap gambo nurul iman. Last month ummi kna tag. Skang ummi nak tag kawan-kawan ummi lak..hehe
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Jul-2007 01:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
I'VE BEEN TAGGED!
|
|
Tag from mama sofea : mama sofea: http://indrapura1.fotopages.com
Nurul Iman = Cahaya Keimanan
Ummi pening nak cari nama untuk baby. Bila tanya ayah, dia nak letak nama alif, ba, ta.
Kalau lelaki alif, kalau pompuan ya atau ain. Sbb nanti senang kat sekolah cikgu nak kenal, ni mesti adik bradik alif ba ta.... aduih... ummi tepuk dahi. Suka tul loyar buruk... eh tak ..nampaknya ayah bersungguh, kang klu betul... ummi tak naklah. So ummi bertungkus lumus cari nama lain untuk baby. Banyak tul nama yang ummi dah cari. Ayah tak berkenan...nama sedap-sedap+meaning yang baik pun ayah tak kenan. Ayah kata panjang sgt....
Ummi tak tahu, kat dalam ni baby gegel ke baby boboy. Tiap kali scan asyik tak nampak jer..smpailah minggu ke-34 lepas ummi jatuh kat toilet masjid, ummi scan..dan nampak gender baby. Masatu pun baby dah pusing..dah tak songsang alhamdulilah.
Masa Ummi tak tahu baby girl ke boy..ummi panggil baby dlm perut ni Iman, so tiap kali nak tido or bangun tido or solat, ummi tepuk-tepuk perut ummi panggil nama iman. Iman universal girl bley..boy pn bley.
Ummi ada siapkan gak nama untuk baby boy, sbb ingatkan boy awal-awal tu.. sbb asyik suka menendang je dlm perut.
Izzat Haziq – kemuliaan/pandai
Ihsannul Mukmin – mukmin yg baik hati
Idlan Hafiz – Penyelamat Keadilan
Izzat Hanif – kemuliaan/keimanan
Tapi seingat ummi, masa kandungan 5 bulan ummi ada mimipi nama baby girl. Masa ni ummi taktahu baby girl ke boy pasal scan asyik tak nampak je. Ummi mimpi satu nama yg cukup indah
Irdina Khadijah
Bila cakap kat ayah, maybe kita dapat babay girl....hehe. Tapi yerlah..tak tahulah betul ke idak. Lepas dah confirm dapat baby girl so ummi carik nama baby girl lak
Hurin Aludra – gadis bidadari syurga
Nayyara Thurayya – bintang yg bergemerlpaan
Illy Afya – ketinggian / kesejahteraan
Najya Hasya – kemenangan yg sempurna
Maya Alesha – puteri yang dilindungi Allah
Iman Nur Humairah – Cahya keimanan humairah
Iman Nur Khadeja – Cahaya keimanan khadeja
Alani Fatini-Ketinggian/bijaksana(baru perasan..sama dgn nama anak AJ)
Irdina Khadeja – Kehormatan isteri Rasulullah SAW
Husna Farihah -Yang cantik, sukacita
Hurin Adeeva-Bidadari syurga yg cantik
Eshal Arissa –bunga syurga yg bersinar
Qasrina Nayarra-Istana yg bergemerlapan
Qistina Umairah – Permaisuri yg adil
Nama pilihan ummi : Nur Iman Khadeja
Ummi suka sangat semua nama-nama kat atas ni sedap dan maknanya pun baik-baik.
Hui..tapi ayah bising, kata pasal nama panjang-panjang sangat. Carik yang pendek jer. Ayah kata letak 2-3 nama, nanti panggil satu nama jer. Macam nama ayah..ayah tak suka.Yerlah...yerlah .. so jadik lah NURUL IMAN. Tapi memang ummi suka sangat nama ni... rasa mcm satu semangat, dan keindahan.
Ummi nak I, kat depan tu bior sama dengan ayah..Izzat. Ummi panggil anak ummi ni.. nama penuh.. NURUL IMAN. Ummi harap cahaya keimanan ini akan sentiasa menemani dan menjadi petunjuk buat nurul iman demi mengharungi kehidupan masa depan yang makin mencabar
Sekian.Terima kasih. Panjang no story pasal nama..
REQUIREMENTS : Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s). QUANTITY: 5 people
TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc
| Quote: | sweet666 - thanks for droping here... i dah browse web u, best..best..nnti nak order i bgitau u ok.. buat masa ni tak kut.. coz baby i kecik lagi..lagipun nurul iman ni small size even dah 5 bln. takut tak muat la baju-baju tu..hehehe
zie - hai zie..afia apa kabar..hehe.. boley je..klu u nak nama-nama ni. I suka combine nama yang makna nya bersesuaian. Hmm husband i pn tak prnh dgr nama-nama mcm Eshal ataupn Adeeva..beria-ia i ckp ada.. tak percaya lak dia.. tak per..lah.. i publish kat sini..maybe ada yg berkenan, tgh pening-pening carik nama baby... boley la i share. hehe
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Jul-2007 07:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nurul Iman 4 bulan
|
|
Nurul Iman dah masuk 4 bulan skang ni. Hmm banyak juga improvement dia skang ni
Perkembangan 4 bulan
-1st time demam, have flu
-berat badan 5.1kg (naik 200gram jer dari bln lps)
-tinggi 61cm
-dah bejaya meniarap (30/6/2007) n golek-golek
-pandai main play gym
-mulut dah makin bising
-kalau dengan orang ramai yang tak dikenali, she being good girl and shy girl
-skang ni kalu baring, nurul iman suka pegang kaki dia lepas tu...tarik stokin....adeiihhh
-masih suka gigit jari tapi tak nak dah puting kopek tu
-semua barang yg dapat dipegang masuk dalam mulut
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Jul-2007 02:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TRIBUTE FOR OUR 1st ANNIVERSARY
|
 |
|
ummi & ayah & nurul iman
|
|
 |
|
ummi masa zaman anak dara
|
|
|
Our 1st anniversary pada 02/06/07 aritu. Sekarang dah sebulan lebih. Ummi baru teringat nak post kat fotopages ini. Tiada apa yang istimewa untuk 1st anniversary ni. Kecuali kenangan rentetan suka duka ummi & ayah sebelum kami di satukan. Membuatkam kami cukup menghargai antara satu sama lain. Selain itu yang pasti dgn kehadiran yang tersayang Nurul Iman. Buah hati pengarang jantung ummi & ayah. Itulah hadiah yang tak ternilai buat kami berdua sempena ulang tahun kami yang pertama.
Kronologi kisah cinta ummi dan ayah yang telah melewati 10 tahun lamanya
1995
Kami mendaftar disekolah yang sama, Sek Men Teknik Melaka(blm knal lagi)
1996
Tingkatan 5, bibit perkenalan baru bermula. Kami start berkenalan, masatu kami berada dalam persatuan yang sama(Seni Silat Pelanduk Putih). Ayah jadi pengerusi, ummi ahli jer. Hubungan kami hanya setakat kawan jer tapi saling berbalas-balas nota-nota kecil yang disampaikan oleh posmen-posmen yg tak bergaji yang terdiri dari calssmate ayah dan ummi. TQ! Mr. Posmen ahaks..
1997
18/05/1997- kami mula mendaftar di universiti yang sama. Bidang kursus yang berlainan. Ummi ke FSKSM dan ayah ke FKE
16/08/1997- Pertama kali kami declare sbg pakwe makwe… eceh, gatal tul. 1st year dah nak bercouple. Malam tersebut ummi dera ayah suh naik balai cerap dengan beskal, dan pulang dengan bawakan sesuatu utk ummi dari sana untuk tunjukan buktikan cintanya pada ummi. Ayah bawa pulang pucuk muda…its really simbolik for our love
*spjg 5 tahun bercinta kat universiti hubungan kami asyik on and off jer
2002
Ogos - kami grad sama-sama. Ayah sesi sblh ptg, ummi sblh pagi.
09/09/2002 - ummi dah start keje kat jb
2003
Januari-ayah start amik KPLI
Mac – ummi & ayah decide utk berpisah. BREAK OFF. End story kisah cinta kami. Sebabnya kenapa, tak leh nak story, to complicated. Kami langsung lost contact lepas dari tu. Masing-masing membawa haluan sendiri.
2005
05/06/2005 - kami tak sengaja terserempak di kenduri kahwin member sekolah teknik dulu after 2 years kami lost contact. Masatu ayah siap mintak no tepon ummi (eceeh cinta berputik kembali la kekononnya ni)
07/05/2005 - awal pagi ayah dah hantar sms. Ayah mintak untuk jumpa ummi, sebelum ummi balik ke jb aritu. Ummi jumpa ayah kat muar dari pagi hingga ke kul 3 ptg. Wah banyak betul yang kami bual dan bincangkan. Ayah minta masing bagi peluang bagi diri masing untuk teruskan hubungan kami yang dah terputus. Ummi minta masa sebulan untuk fikirkan permintaan ayah.
10/07/2005 - ummi terima lamaran ayah setelah ummi buat solat istikharah 4-5 kali
20/08/2005 - family ayah datang merisik. Ayah datang dengan atuk & nenek je, bawa sehelai kain pasang + cincin silver belah rotan yg ummi masih sampai skang.
25/12/2005 - Ummi & ayah bertunang, dgn majlis cukup meriah. Ummi pakai baju kebaya warna pink(ayah kata macam pink panther..cehh). Semua orang gembira sbb atlast kami bertemu semula. Rombongan dari pihak lelaki yang asalnya hanya 7 kereta, atlast jadik 18 kereta. Adeiihhh….. tepuk dahi. Sib baik rumah nenek dan makanan yang disediakan cukup. Halaman rumah ummi pun penuh dengan kereta pengiring. Sampaikan saudara mara ummi, makcik pakcik, sepupu terpaksa beransur duduk kat luar rumah sebab bagi laluan pada tetamu.
2006
Tahun yang sibuk untuk ummi, sibuk outstation sampailah nak kawin
02/06/2006 – ummi dan ayah di nikahkan pada hari jumaat, jam 3.00 petang di masjid as-shamsudiniah
03/06/2006 – majlis kenduri kahwin dirumah ummi. Ummi dan ayah mengenakan sepersalinan baju lace berwarna biru. Ahli keluarga ummi pulak semua pakai baju warna biru jugak.
04/06/2006 – majlis menyambut menantu di rumah ayah. Ummi & ayah pakai baju kurung dan baju melayu warna hijau lembut.
22/07/2006 - Ummi disahkan mengandung, 8 minggu. 3 bulan pertama ummi mengalami alahan..but in the night (night sickness). Matahari terbenam jer, alahan pun bermula..
* selepas kahwin, ummi & ayah memang tinggal berasingan. Ummi di Jb, ayah di N9. Weekend baru jumpa, samada di Jasin@Muar@JB@N9. Ikut keadaan.
2007
ummi tengah sarat mengandung. Tapi leh lagi pergi jalan jejauh, ke kuantan-sepupu ayah bertunang, Cherating-family day sekolah ayah, PD-family day opis ummi.
19/02/2007 - Ayah maklumkan pada Ummi, confirm pindah ke JB dan mula mengajar di sekolah baru pada 26/02/07
23/02/2007 – Ummi admitted kat HSA
24/02/2007 – Pagi, mak tok datang dari Muar. Jenguk ummi kat HSA. Petang ayah pindah ke JB dengan barang-barang sekali. Ayah tak sabar nak tengok keadaan ummi.
26/02/2007 – Ayah mendaftarkan diri di sekolah baru di sek men taman daya 2
27/02/2007 – Jam 9.30 pagi, ummi dah masuk labour room. 10.30 pagi ayah sampai kat HSA untuk temankan ummi di labour room. Ummi selamat lahirkan nurul iman jam 7.18 mlm dengan berat 2.76kg.
masa bertunang, ada mcm pink panther tak... [/size=9]
[size=9]ambar family masa majlis kenduri kahwin kat rumah ummi[/size=9]
[size=9]Nurul Iman, inilah hadiah anniversary kami yang cukup bermakna[/size=9]
[size=9]sekarang kami dah lengkap sebagai sebuah keluarga. Ada ummi, ayah dan nurul iman. Setelah 10 tahun, inilah yang cukup ummi hargai, segala dugaan telah kami harungi
|
|
|
|
|